Burung berkicauan di tepi jendela kamar aku,
Bunyi jentera-jentera bermotor mengisi kesibukan hari,
Oh, hari sudah siang! Siraman air menenangkan hati, menambah sejuk di jiwa.
Baru sebentar tadi aku menghadapNya. Dialunkan dengan doa pagi
Hari mulai sibuk dengan rutin harian. Roti canai telur dan nescafe panas. Mantap!
Macam baru tadi. Macam hanya tadi aku menikmati nikmat Tuhan.
Bercakap mengenai nikmat. Manusia ni pelik. Mahukan segala nikmat tetapi mereka lupa pepatah lama.
"ukur baju di badan sendiri""Bila nak berbelanja tu beringat sikit" tu pesanan ibu.
"Jangan suka berhutang. Usaha dulu." itu pesan arwah tok.
"Bila nak beli barang, fikir dulu baik-baik." pesan papa.
"Duit tu jangan kedekut. Guna untuk faedah diri dan orang lain." tok wan pesan.
Bila difikirkan, manusia ni ada kala xtahu antara keinginan dan keperluan.
Dah tau, PTPTN tu guna untuk belajar, guna la. Bukan guna beli device bodoh.Bukan semua orang ada BBM! Setakat nak lagak kat facebook update status via blackberry ape jadah. Last2, kau yang tehegeh sane sini.Jual je besi buruk tu. Guna untuk benda lain. Lebih manfaat untuk diri kau manusia.
Jangan la tunggu sampai bankrupt baru nak insaf dari hutang dengan bank-kerap.
Nike, Crocs, Levi's ape hot-stuff lagi nak sarung. Sarung la kalau pakai hasil usaha sendiri.
Usaha mintak duit mak bapak tak dikira laa.
Nak poyo, poyo jugak. Tapi jangan la sampai menyusahkan diri sendiri. Dan orang lain.(petikan dari X-fm.)
Jadinya, wahai pembaca sekalian. Bijak la berbelanja okey?