27 December 2010

10 perkara yang merosakkan otak anda

1. Tidak mengambil sarapan pagi Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 2. Terlebih makan Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. 3. Perokok Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. 4. Penggunaan gula yang berlebihan Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. 5. Pencemaran udara Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. 6. Terlebih tidur Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. 7. Menutup muka ketika tidur Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. 8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. 9. Kurang berimiginasi Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. 10. Jarang berfikir Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita

bagi diriku

kadang2, ak pernah berfikir.. untuk biarkan segalanya yang ada berlaku.. tanpa ak melibatkan diri.. ak mahu melihat kerenah bumi ini berputar.. ak nak bersandar pada tiang lampu.. sambil memerhati dan menilai.. dengan rasa penat yang amat.. ak mahu sembuh dan lega.. ak mahu tahu selok belok tentang apa yang dikatakan dunia..

24 December 2010

Tukang Gunting

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan. "Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting. Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?" "Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh. Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi. Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas. Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!" Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu. "Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting. "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana." "Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum. "Tepat sekali! Itulah jawapannya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu memang ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan. Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata. - Tamat "Dari cerita di atas ini, dapat kita simpulkan bahawa kadang-kadang mungkin kita pernah lupa akan ALLAH, TETAPI ALLAH tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNYA sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat, kadang-kadang kita lupa akan kewujudan-Nya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujiNYA pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita sendiri setiap hari"

20 December 2010

what a life!

a backstabber. behind my house. a backstabber, outside my backyard. a backstabber, in my backyard. a backstabber, in front of the back door. a backstabber, step into my space. a backstabber, just behind me.

03 December 2010

teori gelak~

aku berfikir, macam mana kita nak memartabatkan bahasa ibunda? macam mana nak jadikan ianya lingua franca? diam kejap... alasannya, bahasa Inggeris lar baru ' up to date'? salah. bahasa Inggeris adalah "bahasa buku" kalau dah insan yang berbahasa Melayu ini tidak mahu belajar Bahasa Inggeris sampai bila pun tidak akan berjaya nak memartabatkan bahasa kita. cuba anda fikir... kalau kita belajar bahasa Inggeris, dan kuasainya.. suatu hari nanti, kita boleh menterjemahkan semula semua buku-buku yang ada untuk rujukan terutamanya di IPTA.. suatu hari nanti, kita mampu untuk menundukkan bahasa lain.. malahan mengajar "mereka" bahasa indah kita.. DBP ketandusan idea? malahan banyak bahasa pinjaman dan bahasa argot digunakan secara arbitrari.. dan diterapkan dalam edisi-edisi terbaharu DBP sebab kita tidak mahu membudayakan bahasa.. nak budayakan bahasa kena belajar bahasa asing.. namun kita enggan..dan terus mempertikaikan kenapa perlu belajar bahasa asing.. kalau kita mampu menterjemah dengan baik semua buku rujukan.. kalau kita ada R&D yang maju.. kita mampu.. jadi, jom belajar bahasa Iggeris.. jangan lupa misi!martabatkan bahasa K.I.T.A!!