03 December 2010

teori gelak~

aku berfikir, macam mana kita nak memartabatkan bahasa ibunda? macam mana nak jadikan ianya lingua franca? diam kejap... alasannya, bahasa Inggeris lar baru ' up to date'? salah. bahasa Inggeris adalah "bahasa buku" kalau dah insan yang berbahasa Melayu ini tidak mahu belajar Bahasa Inggeris sampai bila pun tidak akan berjaya nak memartabatkan bahasa kita. cuba anda fikir... kalau kita belajar bahasa Inggeris, dan kuasainya.. suatu hari nanti, kita boleh menterjemahkan semula semua buku-buku yang ada untuk rujukan terutamanya di IPTA.. suatu hari nanti, kita mampu untuk menundukkan bahasa lain.. malahan mengajar "mereka" bahasa indah kita.. DBP ketandusan idea? malahan banyak bahasa pinjaman dan bahasa argot digunakan secara arbitrari.. dan diterapkan dalam edisi-edisi terbaharu DBP sebab kita tidak mahu membudayakan bahasa.. nak budayakan bahasa kena belajar bahasa asing.. namun kita enggan..dan terus mempertikaikan kenapa perlu belajar bahasa asing.. kalau kita mampu menterjemah dengan baik semua buku rujukan.. kalau kita ada R&D yang maju.. kita mampu.. jadi, jom belajar bahasa Iggeris.. jangan lupa misi!martabatkan bahasa K.I.T.A!!

No comments:

Post a Comment