24 May 2014

Anak Kecil Main Api



Anak kecil main api,
Tanpa sedar bahaya menanti, tanpa tahu bencana menanti.
Seronok bersorak. menyimbah minyak ke atas api.

Maraklah api! Maraklah lagi!
Maraklah setinggi langit. Hebatnya biarlah tidak kepalang.
Panasnya oh panasnya. Apalah sebab dihalang untuk bermain dengan api?

Bakarlah,bakarlah rumah ini.
Jika panas lari berendam di dalam kolah, sejuklah ia.
Sentiasa ada air untuk api yang panas.
Apalah sangat nak ditakutkan.

Bakarlah menjadi debu.
Biar pun 13 harimau datang menerpa, bakarlah ia sekali.
Dipuja yang tidak bertuhan. Bertuhankan diri, bertuhankan ketokohan.

Anak kecil main api.
Bunga raya dijadikan arang.
Biarlah layu, biarlah reput dan rentung.
Asalkan puas hati dan sanubari.

Menangis si ibu tatkala hasilnya dipetik,
Dibiar hangus oleh si anak.
Merah mukanya bertukar hitam.
Putih matanya bukan lagi kerana suci.

Anak kecil main api.
Anak kecil main api.
Anak kecil main api.

Jangankan rentung satu laman.
Jangankan hangus seisi rumah.
Baru mengenang nasib mengadu domba.

No comments:

Post a Comment