28 February 2011

untuk suriya

senyum seindah suria,
yang membawa cahaya,
senyumlah dari hati duniamu berseri..

senyum umpama titian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum,ku tersenyum,
kemesraan menguntum..

senyuummmmm..
kepada semuaaaa...
senyumanmu amatlah berharga..
senyum membahagiakan..
dengan senyuman..
terjalinlah...
ikataaaannnn..

ni la lagu intro yang aku dan rakan2 seperjuangan nak bawak malam ni..
performance pertama taun ni setelah beberapa performance pada taun lepas..

disebabkan lagu ni ada perkataan suria,
terkenangla plak kat member aku sorg nih yang namenye hayatun suriya anak adnan..

gara2 ko komen post aku yang lepas lar ni..
haha~

nieway sue, even ko xdpt dgar lagu ni dari mulut aku,
aku stil masukkan ko dalam dedication list untuk lagu ni..
like like like

26 February 2011

senyum seindah suria

senyum. senyum. senyum.
cool. cool. cool.
walaupun aku dah mula meluat, menyampah, dan apa saja yang negatif.
ye memang aku kerap menzahirkan rasa xpuas hati, marah dan xpressi muka yang menjelakkan.
tapi itu semua sekadar lakonan.
dalam marah aku sayang. dalam memberontak aku akur. dalam jelik aku hormat.
luaran bukan bererti dalaman.
aku pun kusut gak. aku pun manusia.
harap anda semua paham.
ikut lah aku..senyum sokmo

22 February 2011

mampukah kita?

mampukah perpaduan kaum di negara kita diwujudkan? mampukah kita mengekalkan keamanan negara ini yang dicapai selama kemerdekaan kita? apakah peranan sistem pentadbiran dan jentera kerajaan terhadap isu ini?

09 February 2011

cerita technology

dah berapa hari dah aku p.k.. perlu ke x beli henfon baru? duit dah korban 500 untuk dinner.. ptptn da calculate ngam2 untuk idup je.. konpius aku.. henfon dah nazak, tinggal masa nak dump je.. dan akhirnya aku bersekongkol dengan papa aku.. beli hp sekadar untuk kegunaan.. kamera?naa~ dah ada compaq suda.. 12MP lagi.. stakat 5MP?jeling je.. ok.c3-00..ada bantahan? dah setel dah blue black warnanya..harga pun kira murah lar.. selesai kepala otak ni..duet pun save!

08 February 2011

kristal @ kaca

kristal atau kaca bukan persoalannya. persoalannya poket aku membuat kredit lebih dari debit. thanks to across telecommunication. Ye, Betul! Kamu! tau x, saya pergi kerja pakai kereta yang memerlukan minyak untuk dimakan. saya bayar kredit u-pax saya untuk selesaikan tugasan yang diberi. saya tebalkan telinga untuk rintihan orang2 yang x tahu apa itu broadband. saya datang hari-hari untuk settle kan masalah walaupun saya sudah sepatutnya berehat. kereta saya pulak memang boleh dilipat masuk dalam poket dan xperlu bayar rm5 sehari utk parking. ini je yang mampu awak beri pada saya? RM 100 untuk 2 hari? terima kaseh. saya dah boleh beli banglo heppy sangat auch!

07 February 2011

ada apa kes weh

gila. gila. gila. sapa? anda? saya? bamn! bamn! bamn!ooopsss~ perlu ke risaukan orang yang anggap kita N.O.T.H.I.N.G? perlu ke beri komitmen dan bertanggungjawab atas benda yang kita xjanji dan xnak buat tetapi di P.A.K.S.A? perlu ke kita pos laju diri sendiri hanya kerana tiket bus dah H.A.B.I.S? perlu ke kita sepak orang yang A.N.N.O.Y.I.N.G? perlu ke kita layan orang yang S.O.M.B.O.N.G? perlu ke kita pujuk orang yang T.O.U.C.H.Y x bertempat? PERLU KAH? gila betul lar melayan kerenah orang dalam dunia ni

04 February 2011

Maruah yang Digadai

bodoh, bangang, takda maruah dan juga celaka. itulah sedikit sebanyak mengenai cakap-cakap orang terhadap cikgu shida ni. dia bajet dia cool.anda x pernah tengok video klip dia? search lar kat youtube memalukan. ke mana hilang nilai ketinggian maruah seorang muslimah yang berbangsa melayu? astaghfirullah. kalau nak popular pun bukan ini caranya. Memalukan agama, bangsa, dan juga institut pendidikan wahai cikgu shida. benak sangat ke otak cikgu shida? xboleh fikir ke apa impak-impak negatif yang akan diberikan kepada environment? hilang, hancur, pupus dan musnah kredibiliti awak sebagai seorang guru.dan rosaklah nanti anak murid cikgu. cikgu x kesian kat diorang ke? tambahan pula,buruk lah persepsi masyarakat dalam dan luar negara terhadap guru-guru di Malaysia. saya menulis blog ini atas dasar kesedaran saya terhadap budaya kuning yang sudah lama tersuntik dalam masyarakat. Dan cikgu telah mengeruhkan lagi dengan menyuntik satu lagi jarum contoh kerosakan akhlak generasi Islam Melayu zaman baru ini. frankly speaking, saya malu dengan tindakan anda. tidakkah anda?saya masih ada sedikit hormat pada anda kerana berharap anda mungkin akan berubah. ye saya baru je tengok siaran 'apa saja FBI' dan saya rasa cikgu bangga bukan? sebelum saya bahasakan cikgu bukan dengan panggilan cikgu atas kerana saya meluat dan hilang hormat kepada anda yang sebagai manusia. renungilah diri dan bawak2 lah bertaubat.