26 March 2011

aloq setaq~

KAW 2043! kete suwey! haha..
macam2 hal..




al kesah, kami pergi lar menyambut bufdae si sahabat bernama fizoe..
bersama2 dengan kami termasuklah si hafizal, bullah, wani, hidayah dan si alwina..

pagi2 lar sangat kami pun gerak lar ke jitra untuk kerumah suspek(fizoe)
jengah2 arnab yang kami rindui..melepak2..dan kemudian agenda pertama..breakfast di waktu tgahari..
dan setelah puas breakFATs..kami pun meluncur ke alor setar..best gila tapi kereta sewa macam ade hal sikit..terase dah stereng seperti membidas bila si pemandu yang berhemah jika dibandingkan dgn m.schumacher ni membuat pusingan u turn..
kami pun bercadang utk solat jumaat di masjid al-bukhary..lawa kot..
tapi sempat lar jugak bersiar2 di kompleks al-bukhary tu..
selesai je solat jumaat, kami pun makan lar kek yang dibeli fizoe..haha..[patut kitorg ygg beli]


kemudian berangkat lar ke city plaza dengan harapan nak beli topeng..
sesudah je..kitorg pun bersiap la pulang..

haha..malang x pernah nak berbau..kereta sewa kitorg buat hal..
rupe2nye...minyak habis!



serabut kepala! haha..wiwin came out with a solution..

call pasukan peronda plus~
settle..plus pun smpai..bebel2 kat tuan empunya blog ni..pastu die g lar beli minyak..
tibe2..abg roy(senior kami) lalu dan die pun stop laa..
gelak sakan la die..haha..

kemudian plus pun dtg...tuang petrol..kemudian ak pun salam2 dan blah..
mase nk tuang tu terkena lar minyak petrol kat tgn ak..malang tidak berbau tapi petrol kuat siot!



kemudian kitorg balik dan aku pun terus siap utk pertandingan nasyid dann akhirnya kitorg dapat no 3..
alhamdulillah..Allah sentiasa membantu hambanya yang berdoa kepadaNya dan bersabar..

little BITCHes



Hey cantik senyum sana senyum sini,
Kalau cantik ramai orang suka perhati,
Jalan ke mana saja pasti jadi,
Petik sekali pasti ramai mati.

Hey cantik jangan pandang depan saja,
Kiri kanan masih ada yang dengki,
Dengki pula bukan dengki hati,
Tapi cantik perngai macam benci.

Hey cantik jangan pikir kau cantik,
Budi bahasa dan budaya biar melentik,
Kalau Islam lagi perlu kena cantik
Dalam luar jua sama cantik.

Hey cantik jangan maki suka-suka,
Kerana hati kau orang xsuka,
Kau fikir kau bagus tumbuh melata,
Canang kat orang semerata


hey bitches out there...
bahasa biar cantik..
xkire kat mana pun..
manusia x perfect keyh..
lu lar bitch..

23 March 2011

biar saya bagitau cara-cara menjadi leader yang baik

nak jadi leader yang baik:
1)Jangan asik jerit2 kat telinga orang
2)Jangan lar kelam kabut
3)Jangan anggap subordinates kita bodo sangat
4)Jangan sesekali sibuk2 nak tanya pasal schedule subordinate sebab dorang ade hal dorang gak
5)Jangan lar kerek dengan subordinates, cakap baik2 lah brader
6)Jangan lar cari gaduh dengan subordinates
7)Bertimbang rasa dan jaga perasaan dan motivasi subordinates
8)Jangan tempiaskan stress kat subordinates

nak ade pengurusan yang baik, nak majukan group, nak capai goal, semua melibatkan subordinates.
"management is the process of getting the work done through people"-Mary Parker Follet.
dan adekalanya subordinates kita lagi tahu nak buat apa.jangan nak arah dia itu ini.
subordinates kita adakalanya lagi hebat dan banyak link..
jadi xpayah nak berlagak kalau baru nak up ok.

20 March 2011

Ilmu setebal kertas 70gsm. lagak senipis tembok cina?

ok. ni cerita hari ni..
insan berlagak nak mati..
al kisah, ada seorang manusia yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengkhususannya..
dia pernah berjaya ke seantero dunia..dia pernah mengharumkan namanya ke persada dunia..
dunia kian berubah..dia kian berjaya..tapi sayang..dia terpaksa mengharungi perubahan zaman..
dia termasuk dalam sekumpulan intelektual namun kurang pula insan di profession nya yang sangat2 berpengaruh sepertinya..perangai yang sememangnya buruk kian terserlah hari demi hari..
dan kini dia menjadi ketua bagi professionnya itu..

aaahhh.....lagaaakkk...sangat...

hebat. dia memang hebat. dia rendahkan pandangannya terhadap segenap insan yang lain.
dia menjeling perasaan insan minoriti.. cukup sinis... hinggakan insan yang dirahmati itu perasan dalam sedenyut nadi..moralnya terhakis.. baranya terbakar..

cisss...hingin sangat aku pada engkau..kata si api..


persekitaran mereka melihat dan si persekitaran itu mengakui..
sadis punya sinis..celaka. celaka. celaka. sumpah si persekitaran

dan seorang lagi pengurus muda.. yang tiada susunan dalam pemikirannya..
mengambil kopi yang di bancuh oleh sahabatnya..menambah segala apa yang kurang..
sehingga otaknya yang berkarya itu kreatif menuang air kedalam cawan kopi itu..
tumpah. hampir tumpah.. parasnya di bibir cawan..
sedangkan bila dibawa pasti tumpah..dan dia tidak pun terfikir akan perkara itu..


lantas si persekitaran sekali lagi bersuara..
karma sadistik pengurus2 muda yang bijak..tapi sayang berjuta kali sayang..
persekitaran mula mengadu rajuk.. tatkala dia merasakan diri sebagai penyeri yang lagi membawa harmoni hendak dicampak kan ke tepi sebelum di humban dalam tong sampah..


kepada pengurus2 muda :

Belajar la management..
Hayati organizational behavior..
Fahamilah human resource..
Baca sains pemikiran etika
Hubungkan psikologi dan moraliti..

17 March 2011

KEDEKUT LA LAGI

orang memberi kita hanya tahu merasa,
xpernah memberi walau sehabuk pon.
orang berbudi tapi kita kurang ajo,
xpernah cakap baik2.

ok lah fine, kepada insan2 yang berlagak + kedekut wang/ilmu + kerek nak mati = hasad
korang boleh pegi mampos.
ramai lagi laa orang yang baik hati.
tapi jangan lar korang risau pulak.
kalau korang susah dan aku mampu aku tolong korang, aku mesra ngn korang, ak berbudi dengan korang.

AKU BUKAN MACAM KAMU2 TERSEBUT

kalau korang fikir nak jatuhkan aku..korang silap..aku teguh malah tercabar dengan sikap korang..
aku akan bersaing dengan korang yang perangai macam goatshit. secara sihat bebeh.

so skarang blah lar cepat2.. aku ada ilmu psikologi. aku pembaca terbaik. aku membaca manusia bukan hanya buku

01 March 2011

dunia berputar

cuba bayangkan..
bila kita bangun pada esok hari, kita rasakan angin yang hampir kencang, udara yang hampir panas.
Dan kadangkala sejuk.Tetapi manusia itu pelupa. Kita lupa untuk melihat pada kedudukan matahari setelah sekian lama.

Dimanakah fajar siddiq patut terbit? Dimanakah cahaya perlu terbenam?

Dan akhirnya kompas yang memberitahu bahawa Sang Suria telah pun berdiri dari arah barat dan mati di sebelah timur. Dan saat itu, pintu taubat yang kita xmampu lihat sudah pun tertutup.
Padahal, semalamnya kita selalu kufur. Lupa bersyukur akan nikmat-Nya, lalai dengan kehidupan dunia. Sibuk mengejar cita-cita dan impian duniawi.
Kita terlalu sibuk dan ego untuk menghargai dan menghayati keindahan kerana-Nya.
Kita mensiakan anugerah kekeluargaan yang terulung. Kita tidak mengendahkan keindahan persahabatan.
Kita tidak bersahabat baik dengan al-Furqan. Kita tidak berdiri malam hanya untuk tangisi dosa-dosa serta memohon keampunan.

Dunia sepi seketika sebelum mula menjadi kucar kacir akibat peperangan sesama manusia.

Nah!! bertempiaran manusia lari sana sini mencari perlindungan.
Ya!! kamu dan kami semua lupa!! Akan siapa Yang Maha Berkuasa dalam memberi perlindungan!!

Dan pada saat itu manusia tidak lagi tahu memilih perkara mana yang buruk dan mana yang baik.
Nafsu mengatasi segalanya.

Kita sedar akan semua itu. Tapi sudah terlambat. Apa yang mampu kita lakukan?