bila kita bangun pada esok hari, kita rasakan angin yang hampir kencang, udara yang hampir panas.
Dan kadangkala sejuk.Tetapi manusia itu pelupa. Kita lupa untuk melihat pada kedudukan matahari setelah sekian lama.
Dimanakah fajar siddiq patut terbit? Dimanakah cahaya perlu terbenam?
Dan akhirnya kompas yang memberitahu bahawa Sang Suria telah pun berdiri dari arah barat dan mati di sebelah timur. Dan saat itu, pintu taubat yang kita xmampu lihat sudah pun tertutup.
Padahal, semalamnya kita selalu kufur. Lupa bersyukur akan nikmat-Nya, lalai dengan kehidupan dunia. Sibuk mengejar cita-cita dan impian duniawi.
Kita terlalu sibuk dan ego untuk menghargai dan menghayati keindahan kerana-Nya.
Kita mensiakan anugerah kekeluargaan yang terulung. Kita tidak mengendahkan keindahan persahabatan.
Kita tidak bersahabat baik dengan al-Furqan. Kita tidak berdiri malam hanya untuk tangisi dosa-dosa serta memohon keampunan.
Dunia sepi seketika sebelum mula menjadi kucar kacir akibat peperangan sesama manusia.
Nah!! bertempiaran manusia lari sana sini mencari perlindungan.
Ya!! kamu dan kami semua lupa!! Akan siapa Yang Maha Berkuasa dalam memberi perlindungan!!
Dan pada saat itu manusia tidak lagi tahu memilih perkara mana yang buruk dan mana yang baik.
Nafsu mengatasi segalanya.
Kita sedar akan semua itu. Tapi sudah terlambat. Apa yang mampu kita lakukan?
No comments:
Post a Comment