06 January 2011

FANS'PIK

"fans'pik" adalah sebuah epik khayalan yang menceritakan mengenai seorang icon oleh peminat-peminat @ "fans" Disebuah dunia separa sedar, ada sekumpulan artis yang sedang naik. Ahlinya terdiri daripada 5 orang jejaka yang terdiri daripada Jack(vokalis), Luke(lead guitarist), Sall (base guitarist), Eddy (pemain keyboard) dan Alan (drummer). Jack, Eddy dan Alan merupakan sahabat karib ketika di Universiti. Mereka sering 'hang-out' bersama.Untuk suatu ketika, Jack telah berkenalan dengan seorang gadis. Mereka berkawan baik. Kerap juga mereka 'melepak' bersama Alan,Eddy dan juga sahabat si gadis,Jessy. Hari demi hari, Jack mula merasakan tidak selesa dengan kehadiran Alan, Eddy dan Jessy tatkala dia bersama si gadis. Si gadis kelihatan sudah selesa bersahabat dengan Alan. Jack merasakan jiwanya seperti hendak membentak sahaja "drummer" terulung kumpulannya itu. Dunianya seakan terhenti seketika lalu dia berfikir. "Kenapa aku nak marah-marah ni?" Lama-kelamaan dia mula merasa semakin kacau. Dan apabila si gadis ingin berkata-kata Jack tidak mengendahkan langsung kata-kata si gadis. Si gadis mula kehairanan lantas mencari sebab. Dan ya, akhirnya si gadis telah meluahkan kata hatinya terhadap Jack dan si gadis sebenarnya malu untuk bercakap dengan Jack setelah mendapati dia mula menyukai Jack. itu lah die yang dikatakan "fans'pik" haha

No comments:

Post a Comment