memang mengalir dalam jiwanya semangat mempertahankan bangsa,
dia dilahirkan untuk menjadi seorang perwira.
yang gagah, meredah semua rintangan, mengangkat senjata.
namun, dalam ketegasan dan kekerasannya itu ada kasih. ada sayang.
tidak alpa mencari ukhrawi. sering menjalankan fardhu kifayah. tidak leka mengingatkan pewaris-pewarisnya.
tanpa mengharap sedikit pun balas dari negara.
teringat lagi aku di saat dia menceritakan kisahnya.
sebak. sebak dan tangisan yang diluahkan berbanding cerita.
aku yang merasa. dia yang menanggung dan melalui.
sepanjang hidup beliau berkhidmat demi memperjuangkan bangsa.
militan adalah wadahnya. tidak ada satu sen pun wang sara diri dari pihak kerajaan.
namun dia tidak pernah mengeluh. tidak pernah menuntut.
sudah aku mencadangkannya sebegitu. akan tetapi beliau hanya membisu. diam seribu kata.
dan lantas menjawab. itu semua rezeki. lagipun kan tok ada anak2. biar la bagi kat yang memerlukan.
di lengannya, berbekas lagi kesan tembakan yang menebusi bahu kirinya ke sebelah kanannya.
yang pernah hampir merobek paru2nya, hampir menamatkan nyawanya.
beliau yang sudahpun ditahlilkan, pulang di saat semua kesedihan sambil semua isi rumah membaca yasin. merelakan pemergian yang dianggap. alangkah terkejut dan bersyukur para keluarga.
hari demi hari. sakit usia nya menimpa. terlantar di atas katil. di hospital kerajaan. kelas ke-3. alangkah tidak layaknya bagi seseorang yang sudah begitu berjasa terhadap negara, dan juga manusia di sekelilingnya. dan dia masih tidak menuntut sebarang layanan keistimewaan.
tanggal 15 april 2011. Allah Yang Maha Esa telah pun menetapkan di lauh mahfuz agar insan ini ditamatkan segala kontrak berkhidmat di dunia untuk Tuhannya, rasulnya, agamanya, negaranya, bangsanya, keluarganya, serta umat di sekelilingnya.
Al-Fatihah kepada Allahyarham Ismail B. Zainal
bekas perajurit tanah air.
pernah menyertai pelbagai pasukan askar. wataniah, force 136 dan bagai.
beberapa kali nyaris gugur di medan perang.
dan hari ini Allah mengambilnya dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah.
innalillahhiwainnnalillahhirajiu'n
No comments:
Post a Comment