Ok lah, pujian buat Yusry atas kejayaan beliau sebagai direktor filem tersebut.
Mesej yang dibawa agak jelas pada aku laa. Grafik kira maju laa untuk filem Malaysia.
Hantu macam biasa, hodoh. Err..kenapa hantu je mesti hodoh?
HAHA
Cerita ni buat penulis muda ini membawa satu lagi analogi ringkas.
Berpegang teguh la kepada Al-Quran.Ingat lah selalu pada Yang Maha Kuasa.
Sesungguhnya iblis akan sentiasa menghasut dan menyesatkan anak2 Adam.
Bukan mudah nak buat baik. Kerana ianya usaha kita sendirian dan dengan izin Allah.
Ya, memang senang nak buat jahat. sebab ia dengan bantuan nafsu dan dorongan iblis dengan izin Allah.
Dan bila kita terjerumus ke arah keburukan, pada hakikatnya kita lemah. Kita x kawal pun badan dan akal kita tetapi, nafsu yang melakukan semuanya.
Jadi, penulis ini menyeru kawan2. Jagalah iman.
Sedih bila tgk cerita karak ni. Macam sekadar nak main2.
Mereka menzalimi diri mereka sendiri. Bagi nasihat ke arah kebaikan tetapi mereka sendiri x ikot.
Berpelukan sesama bukan mahram. Cukup memalukan. Bekas pelajar sekolah aliran agama. Yang mewar-warkan akan membawa dakwah melalui muziknya tetapi akhirnya, mana hasilnya?
Nauzubillah..Jauhkan lar kami semua dari perkara2 sedemikian..aminn
No comments:
Post a Comment